Langkau pelayaran

++ Rencana ini tak sempat disiapkan menjelang Ops Sikap Aidilfitri yang lalu. Ia masih boleh digunakan sebagai bank data rencana bermusim. ++

“Malang hari ni. Empat saman jumlah AED900 dan kereta ditahan seminggu,” tulis rakan penulis yang bekerja di Abu Dhabi dalam Facebook beliau.

Di Singapura dan England, pemandu cukup takut berlaku kemalangan akibat kecuaian sebab mereka akan dilarang memandu selamanya.

Sebaliknya kita pernah dikejutkan dengan berita pemandu yang mempunyai 13 saman dalam tragedi bas ekspres dahulu.

Sejak tahun 2000 polis telah mengeluarkan 10 juta saman ekor. Isu ini menjadi polimik apabila ramai yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan akibat jumlah tunggakan saman yang tinggi.

Ops Sikap ke 21 kali ini JPJ negeri Johor telah menyenaraikan 17 jalan ’sakaratul’ maut.

teknik (jalan) 8/86

JKR R6 untuk kelajuan 120 km/jam adalah 3.5 meter.

JKR R5 untuk kelajuan 100 km/jam adalah perlu lebar min 3.5 meter.

JKR R4 untuk kelajuan R3 dengan kelajuan 70 km/j perlu lebar min 3.0 meter

JKR R2 untuk kelajuan 60 km/j perlu kelebaran minimum 2.75 meter

Statistik Ops sikap ke 15 tahun 2007, 81 kemalangan maut daripada 3,5200 kemalangan di jalan persekutuan manakala 21 kemalangan maut daripada 1,350 kemalangan di lebuh raya.

Data Ops Sikap menunjukkan kemalangan banyak berlaku di jalan persekutuan, negeri dan bandaran disebabkan peningkatan jumlah kenderaan di musim perayaan dan pemandu yang tidak biasa dengan jalan tersebut.

Peningkatan kualiti kenderaan tidak sesuai dengan rekaan jalan.

Kadar kemalangan pada tahun 2000 bersamaan dengan Jepun pada tahun1960-an. Kini jepun adalah antara 5 negara yang mencatatkan kemalangan jalan raya terendah di dunia.

Kualiti pengangkutan awam yang baik akan boleh mengelak 4 orang dewasa memandu kereta Kancil dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Tujuh kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan iaitu memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, memandu dalam keadaan berbahaya, menggunakan laluan kecemasan, memotong barisan ketika memandu dan mengikuti kenderaan dengan terlalu rapat.

___________________________________________________________________________________________

~Tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 9 Sept 2010 dengan tajuk

Peserta projek padi MADA kecewa

Projek estet padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Sematang Gelok A ditubuhkan pada tahun 2003. Keluasan projek ini ialah 36.09 hektar dengan 21 orang peserta.

Pada peringkat awal penubuhan projek ini, banyak kejayaan telah dikecapi oleh peserta. Hasil padi mereka telah meningkat dan mereka merupakan pengeluar tertinggi purata hasil bagi kawasan Kedah / Perlis. Padi mereka telah terpilih untuk dijadikan sebagai padi benih. Pendapatan peserta meningkat hingga 100 peratus. Projek ini adalah projek contoh kejayaan estet padi di negeri ‘Jelapang Padi’.

Kini ramai peserta merungut dan kecewa dengan pengurusan projek estet padi kawasan Sematang Gelok A. Kegagalan besar mula berlaku apabila projek ini bertukar pengurusan.

Percubaan menanam padi menggunakan jentera pada musim pertama 2009 telah menyebabkan petani mengalami kerugian besar. Terdapat empat jentera menanam digunakan dengan dua daripada jentera tersebut dipinjam dari Selangor. Operator jentera dari Selangor telah lari pulang sewaktu projek penanaman berjalan. Kurang 50 peratus kawasan peserta yang ditanam menggunakan jentera. Petani terpaksa memilih cara tabur terus bagi meneruskan musim tersebut.

Padi peserta ketinggalan berbanding yang lain kerana padi kawasan sekitar  telah berusia 20 hari hingga sebulan. Sistem pengairan bagi umur padi 20 hari hingga sebulan tidak sesuai lagi bagi padi yang baru ditabur. Peserta mengalami kerugian kerana hasil tidak menjadi.

Pegawai pengurusan projek sebelum ini kerap turun melawat tapak. Mereka memberi nasihat dan cara yang sepatutnya dilakukan oleh petani supaya hasil padi terpilih sebagai padi benih. Pegawai baru projek kini tidak rapat dengan petani. Mereka hanya turun ke tapak projek bagi memaklumkan hasil peserta tidak terpilih sebagai padi benih kerana gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Kini sudah dua musim berturut-turut hasil padi semua peserta projek ini tidak terpilih sebagai padi benih. Ini merupakan kegagalan besar bagi projek estet padi Sematang Gelok A. Peserta tidak tahu kemana hendak mengadu. Siapa yang akan membantu mereka?

Pihak pengurusan projek estet padi ini mengambil sikap lepas tangan. Pada 23 September 2010 semua peserta dipanggil untuk bermensyuarat tetapi tiada pegawai  pengurusan yang hadir. Ini merupakan kali kedua pegawai pengurusan yang memanggil peserta bermensyuarat tidak hadir. Alasan yang sama diberikan iaitu mereka sedang menghadiri mensyuarat pengurusan MADA.

 

 

Peserta projek padi MADA kecewa

Peserta projek padi MADA kecewa

 

__________________________________________________________________________________________

Selepas musim menyulam padi tahun ini makcik Esah tidak mengalami demam seperti selalu. Keadaan berterusan sehinggalah 2 minggu sebelum puasa Ramadhan. Makcik Esah mengalami demam yang kuat. Beliau juga berasa pedih di dalam perut dan ketulan dapat dirasai jika ditekan dengan tangan.

Hilang selera makan dan berat badan yang turun mendadak menyebabkan makcik Esah bersetuju untuk mendapat rawatan pakar. Keputusan darah beliau tidak elok dan satu ujian ’ultra sound’ dilakukan.

”Maafkan saya, mungkin soalan ini akan menyinggung perasaan makcik” kata Dr Azlina Ariffin, pegawai perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

”Makcik pernah mengambil dadah atau minum minuman keras?” soal beliau.

”Tak pernah” jawab makcik Esah.

”Hati makcik mengalami masalah. Keadaan hati makcik kebiasaannya dialami oleh mereka yang menagih dadah atau minum minuman keras.” jelas Dr. Azlina.

Sebenarnya makcik Esah disyaki mengalami hepatocellular carcinoma (HCC) iaitu barah hati. HCC selalunya berlaku kepada pengidap hepetitis (B atau C) atau sirosis akibat dari penyalahgunaan dadah atau minum minuman keras. Namun pesakit kencing manis juga berisiko mengalami ’ adenomas’ yang boleh menjadi kanser.

Menurut Dr. Azlina, HCC dapat disahkan melalui ujian CT Scan. Bagi mengetahui tahap HCC dan kesesuaian pembedahan hati, bacaan Child-Pugh digunakan. Lima ukuran klinikal penyakit hati iaitu bilirubin, serum albumin, INR, ascites dan encephalopathy dikira untuk menentukan kelas Child-Pugh. Bacaan kelas A Child-Pugh memberi keputusan 100% kejayaan hidup melebihi satu tahun.

Bacaan untuk makcik Esah pada masa tersebut adalah kelas B iaitu 80% kejayaan hidup melebihi satu tahun. Doktor meminta makcik Esah datang untuk ujian semula selepas dua minggu.

Keadaan makcik Esah semakin pulih dan bertambah baik. Selepas dua minggu bacaan Child-Pugh beliau naik kepada kelas A. Doktor Mohd Hasnan, Pakar Pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah mencadangkan pembedahan membuang tumor dilakukan segera.

Pada tanggal 30 Ogos 2010, makcik Esah telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor pada bahagian 4, 5 dan 8 hati. Pembedahan berjalan dengan lancar tetapi terpaksa dibatalkan kerana ketumbuhan pada hati makcik Esah telah merebak ke lapisan perut.

 

HCC

HCC

Currently, chemotherapy for HCC has limited value in clinical practice, since there are no established chemotherapeutic regimens proven to be effective against this cancerJapanese Journal of Clinical Oncology

~’Child-pugh score’ bukan rujukan untuk ‘survival’ /jangka hayat pengidap. Ia hanya panduan untuk doktor membuat keputusan melakukan pembedahan terhadap pesakit

____________________________________________________________________________________________

Tahun ini sekali lagi sambutan Hari Kemerdekaan kita akan bertembung dengan Hari Raya Aidilfitri. Suasana masih suram walaupun sambutan bulan Kemerdekaan telah bermula.

Kita telah memasuki fasa 50 tahun kedua merdeka. Mengikut maklumat Unit Perancang Ekonomi (EPU), golongan yang lahir sebelum merdeka hanya sekitar 4 juta dari lebih 28 juta penduduk Malaysia ketika ini. Majoriti rakyak Malaysia kini lahir selepas merdeka dan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan mula dilupakan.

Allahyarham Aminuddin Baki yang mengetuai Kongres Pelajaran Melayu Merdeka telah menuntut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara bersama rakan-rakannya pada tahun 1956. Pada tahun tersebut juga badan bukan kerajaan Cina menuntut bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi bersama bahasa Melayu.

Selepas lebih 50 tahun merdeka, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, seorang ahli sejarah berpendapat perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu tidak konsisten berbanding perjuangan bahasa Mandarin.

Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan telah terbukti sebagai medium perpaduan pelbagai kaum di negara ini. Apabila berjumpa rakan dari kaum lain bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi mereka. Ramai pemimpin kaum Cina dan India terdahulu mahir bukan sahaja bercakap malah bermadah dalam bahasa Melayu.

Suasana penggunaan bahasa kebangsaan dalam perbualan kumpulan pelbagai etnik telah diambil-alih oleh bahasa Inggeris. Kini orang ramai lebih suka berbahasa Inggeris apabila berbual dengan rakan pelbagai kaum. Pemimpin kini bercakap menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media mereka.

Berita pembanci menghadapi masalah sikap masyarakat Cina yang mendakwa hanya mengetahui Bahasa Mandarin mencemarkan sambutan kemerdekaan.

Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof, Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita sebagai rakyat Malaysia telah merdeka hampir 53 tahun.

Beliau berkata mereka sepatutnya memahami soalan yang disediakan kerana kebanyakan mereka mempunyai kemudahan pendidikan di bandar.

Ini tidak belaku di negara jiran kita. Mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam banyak perkara, samada rasmi atau tidak.

Jean-Christophe Bas, Ketua Strategi dan Pembangunan, Pakatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata kesefahaman antara budaya adalah penting untuk keamanan dan pembangunan. Ia bukan hanya bergantung kepada ekonomi, iklim dan petunjuk sosial.

Kerajaan sepatutnya mengukuhkan usaha memperkasa Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kaum. Pemimpin-pemimpin perlulah mengutamakan bahasa kebagsaan dalam sedang media mereka.

____________________________________________________________________________________________

~Tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 20 Ogos 2010 dengan tajuk

Petani patut proses hasil tanaman

 

Petani patut proses hasil tanaman

Petani patut proses hasil tanaman

 


Tahun ini sekali lagi musim buah-buahan tempatan jatuh pada bulan puasa. Harga buah menjadi rendah disebabkab permintaan berkurangan. Keadaan bertambah buruk apabila musim buah-buahan tempatan berlaku serentak sehingga berlaku lambakan.

Bagi mengelak buah masak rosak ramai peniaga sanggup menurunkan harga sehingga 60 peratus.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Yusof Maidin, berkata harga duku pada tahun ini ialah RM1 sekilogram berbanding RM3 pada tahun lalu.

Sikap petani yang menanam tanpa membuat kajian terhadap pasaran merugikan mereka.

Buah-buahan tempatan yang masak mempunyai masa antara tujuh hingga 14 hari untuk dijual. Petani yang bergantung kepada peraih terpaksa menjual pada harga amat rendah.

Keadaan ini berlaku kerana sifat bermusim buah-buahan tempatan yang kebetulan pada tahun ini masak serentak menyebabkan ia sukar dijual kerana permintaannya kurang.

Walaupun pelbagai cara dilakukan bagi membantu petani memasarkan hasil seperti ekspo buah-buahan dan kempen makan buah-buahan tempatan, usaha ini dilihat masih gagal meningkatkan pendapatan mereka.

Pada tahun ini FAMA Terengganu menyediakan 10 pusat pembelian buah bermusim bagi membantu petani menjual hasil mereka.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmand Said, selepas merasmikan Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, mencadangkan kajian dilakukan supaya buah-buahan ini boleh berbuah di luar musim.

Keupayaan mengahsil buah di luar musim membantu mengelak berlaku lambakan buah.

Kementerian Pertanian pernah menerbitkan risalah ’membotol atau mengetinkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan membuat jem’, namun masih ramai petani yang tidak tahu mengahsilkan nilai tambah kepada hasil buah-buahan mereka.

Buah-buahan yang diproses seperti jeruk, jem dan yang ditinkan boleh bertahan lama. Tempoh ini memberi ruang kepada petani untuk memasarkan hasil mereka tanpa perlu lagi takut buah menjadi rosak.

Sedikit usaha mempelajari teknik memproses hasil tanaman akan membantu meningkatkan pendapatan petani. Harga hasil yang diproses akan menjadi lebih tinggi dan tahan lama.

Agensi kerajaan perlu lebih proaktif mendampingi petani dan menyalurkan maklumat mengenai teknik terbaru dalam memproses hasil tanaman.

~mendapat respon dari Jabatan Pertanian pada 7 September 2010 bertajuk

“Jabatan Pertanian serius bantu petani”.

Jabatan pertanian serius bantu petani

Jabatan pertanian serius bantu petani

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.